Kata-kata Imam Al Ghazali 
Ibadah dan pengetahuan sambil makan haram adalah seperti konstruksi pada kotoran. (Imam Al Ghazali)
Belum   pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa   saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang   menentang saya. 
(Imam Al Ghazali)
(Imam Al Ghazali)
Barangsiapa   yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi   Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. (Imam Al Ghazali)
Barangsiapa  yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta  kerana ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. (Imam Al Ghazali)
Barangsiapa  yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba  Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya. (Imam Al Ghazali)
Berani adalah sifat mulia kerana berada di antara pengecut dan membuta tuli. (Imam Al Ghazali)
Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada di antara bakhil dan boros. (Imam Al Ghazali)
Bersungguh  – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan  kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya  kesesatan. (Imam Al Ghazali)
Cinta  merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara  dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang lainnya. (Imam Al Ghazali)
Ciri  yang membedakan manusia dan hewan adalah ilmu. Manusia adalah manusia  mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada  kekuatan. (Imam Al Ghazali)
Hadapi  kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan,  kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh  dan sombong. (Imam Al Ghazali)
Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)
Yang  paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu  yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka. (Imam Al Ghazali)
Kita  tidak akan sanggup mengekang amarah dan hawa nafsu secara keseluruhan  hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri kita. Namun jika  mencoba untuk mengendalikan keduanya dengan cara latihan dan kesungguhan  yang kuat, tentu kita akan bisa. (Imam Al Ghazali)
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al Ghazali)
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam Al Ghazali)
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. (Imam Al Ghazali)
Jadikan  kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur  dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa.  (Imam Al Ghazali)
Pelajari  ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga ilmu  akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.  (Imam Al Ghazali)
Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam Al Ghazali)
Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al Ghazali)

